Monday, 9 June 2014

Program Gotong Royong Membersihkan Masjid Kampung Limbawang.

Assalamualaikum..

Pada 24 Mei yang lalu, persatuan belia kampung Limbawang bekerjasama bersama-sama dengan golongan belia serta remaja kampung untuk membersihkan kawasan sekitar serta mengecat dewan mini masjid Kampung Limbawang.
Program seperti ini dapat memupuk sikap bekerjasama di samping dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara penduduk kampung Limbawang.

Aktiviti yang melibatkan dari pelbagai umur ini dapat menanamkan rasa cinta kepada kampung sendiri seterusnya melahirkan rasa tanggungjawab dalam menjaga keamanan kampung.Tahniah dan syabas kepada persatuan belia Limbawang dalam menjayakan program ini.
sebelum 



dalam proses mencat mini dewan

keadaan didalam mini dewan selepas dibersihkan

Thursday, 22 May 2014

Persatuan Muaythai & Seni Silat



Dato Hjh.Azizah Binti DSP Md.Dun merasmikan Penubuhan Persatuan Muaythai Beaufort dan Perasmian Gelanggang Muaythai dan Persatuan Seni Silat di kg.Limbawang...

* Siapa berminat Muaythai dan Silat boleh datang Limbawang..


Sukan Permotoran (Drag Tawau)

Belia Kg.Limbawang menyertai Pertandingan Drag yang telah diadakan di Tawau baru2 ini.

Wednesday, 21 May 2014

Program Sambutan Mualidurasul




Sambutan Mualidurasul peringkat kampung Limbawang pada 26/01/2014. Anjuran Badan Masjid Kg. Limbawang dengan kerjasama Persatuan Belia Kg. Limbawang dan Gabungan KRT Limbawang.

Gotong Royong

Aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan masjid Kampung Limbawang akibat bencana banjir.