Monday, 9 June 2014

Program Gotong Royong Membersihkan Masjid Kampung Limbawang.

Assalamualaikum..

Pada 24 Mei yang lalu, persatuan belia kampung Limbawang bekerjasama bersama-sama dengan golongan belia serta remaja kampung untuk membersihkan kawasan sekitar serta mengecat dewan mini masjid Kampung Limbawang.
Program seperti ini dapat memupuk sikap bekerjasama di samping dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara penduduk kampung Limbawang.

Aktiviti yang melibatkan dari pelbagai umur ini dapat menanamkan rasa cinta kepada kampung sendiri seterusnya melahirkan rasa tanggungjawab dalam menjaga keamanan kampung.Tahniah dan syabas kepada persatuan belia Limbawang dalam menjayakan program ini.
sebelum 



dalam proses mencat mini dewan

keadaan didalam mini dewan selepas dibersihkan

No comments:

Post a Comment